(Hasil karya saya ini berasal dari blog lain milik saya dipindahkan ke blog ini dalam usaha saya untuk menyusun dan memperkemaskan blog)
Artikel ini ditulis pada Thursday, April 1, 2010
Pada 20 Mac 2010, saya berkesempatan mengunjungi KL Book International Fair 2010 (KLBIF2010) baru-baru ini yang berlangsung pada 12-21 Mac 2010. Wah! Rambang mata dibuatnya! Buku-buku dan penerbitan yang bermacam-macam, ada yang terkini, ada majalah2 keluaran lepas yang dilelong, banyak juga best-sellers yang dijual dengan harga diskaun. Pinar-pinar mata saya melihat ribuan buku di dewan pameran.
Di sini saya senaraikan antara gerai2 menarik yang saya singgah sebentar:
IKIM - www.ikim.gov.my
IKIM menjual 'lelong' penerbitan lamanya yang terdiri daripada buku2 dan majalah VISI. Hanya dengan RM30, saya berjaya membeli 5 buah buku ilmiah dan 8 malajah VISI lama!
PayLess - www.payless.com
Menjual buku-buku terpakai / lama yang diimport daripada US.
Saya membeli satu buku motivasi dalam Bahasa Inggeris dengan harga hanya RM20. Saya kira buku sebegitu paling tidakpun jika ianya buku baru harganya dalam RM50. Saya dimaklumkan yang Payless tidak lagi mempunyai kedai-kedai branch (telah ditutup) tetapi ada satu sahaja di ArmCorp Mall, Level 1. PayLess menggunakan approach penjualan secara wholesale dan akan mengiklankan/meghebahkan secara email. Maka saya dengan senang hati merekodkan email saya di gerai itu sebagai subscriber email PayLess.
Ana Muslim - www.anamuslim.com.my
menjual produk-produk ikon ANAMUSLIM seperti majalah, buku2 nota,pencil case, beg2, key-chain yang di hiasi dengan brand ikon kartun-kartun comel dengan imej Muslim yang menutup aurat.
Saya amat berterima kasih kepada empunya syarikat Anamuslim ini kerana telah berjaya menyediakan satu ikon Islamik untuk anak-anak kecil kita.
Cuba bayangkan selama ini anak-anak kecil kita disajikan oleh ikon Barat yang tidak Islamik seperti Barbie dan kartun-kartun dengan pakaian yang tidak sopan dan tidak sepatutnya diminati dan dijadikan ikon oleh anak-anak kecil Muslim.
Nawwar saya belikan pencil case, button badge, keychain dan buku nota kecil yang dihiasi dengan kartun budak perempuan comel bermata besar yang bertudung.
Saya katakan pada Nawwar "Cuba tengok ini (kartun), comel kan pakai tudung. Nawwar pun kena pakai tudung tau" Dan setiap kali Nawwar membelek barang2 Anamuslim yang saya belikan, dia akan berkata dengan pelat dan loghatnya tersendiri "Tengok ni pakai tudung. Cantik! Nawwar (nak) pakai tudung macam ni"
Galeri Ilmu - www.galeriilmu.com.my
Hanya dengan RM20 saya dapat memiliki 5 naskah Asuh untuk Nawwar dan 3 naskah Anis terbitan lama. Suka sungguh Nawwar dengan beg kertas warna-warni buah tangan daripada gerai ini. Saya juga telah membeli satu buku yang amat menarik tajuknya "Rumahku Ofisku" dengan harga hanya RM15.30.
MAPIM -Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia
Siapa MAPIM ini agaknya?
"Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia, singkatannya MAPIM adalah sebuah badan yang bergiat dalam pembangunan penerbitan ilmiah. Ahlinya terdiri daripada penerbit IPT awam, pusat penyelidikan, dan Dewan Bahasa dan Pustaka. Jawatankuasa sementara telah ditubuhkan pada 11 Julai 1996 hasil daripada Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal DBP-IPT (5/96) yang diadakan di DBP Cawangan Sarawak. MAPIM dengan demikian berfungsi untuk membangun, mengembang dan menyelaraskan penerbitan ilmiah Malaysia dalam pelbagai bidang."
http://rais.my/blog/siapa-mapim/
Saya hanya sempat melihat-melihat buku 'Natrah: Cinta-Rusuhan-Air mata' dan satu buku bertajuk 'Berfikir Cara Mahathir' (Saya tidak ingat judulnya secara tepat). Wah! Ini antara Buku-Mesti-Milik (BMM) yang saya & suami patut beli nanti.
Lantas saya tanyakan pada pegawai MAPIM di situ di mana kedai MAPIM. Maklumnya pada saya adalah MAPIM tidak mempunyai kedai khusus menjual buku2 yang terpamer di KLIBF2010.
Pembeli hendaklah mendapatkan sendiri daripada Penerbit Universiti yang menerbitkan buku2 tersebut.
Hampa juga saya kerana saya terpaksa 'kerja-lebih' mengumpul kesemua Katalog penerbitan daripada kesemua universiti yang penerbitannya ada di gerai MAPIM hari itu dan menelek satu-satu katalog serta berkemungkinan terpaksa menghubungi setiap satu universiti untuk membeli sebarang penerbitan oleh ahli MAPIM.
Mujur baik, rakan sepejabat saya Kak Ana meminjamkan buku Natrah kepada saya. Saya tetap berazam untuk memiliki buku ini bagi bacaan & tatapan suami & anak-anak saya.
Nickledeon (saya tidak ingat nama penuh syarikat ini)
Saya membeli buku Story from Al-Quran untuk Nawwar dengan harga hanya RM4. Selain itu, satu buku dari UK bertajuk 'A Muslim Girl's Guide to Life's BIG Changes' juga saya beli yang juga dijual murah dengan harga RM5. Ianya amat menarik dan diterbitkan oleh syarikat penerbitan TAHA dari UK. (www.taha.co.uk)
Sungguh saya rasa sedikit kecewa kerana tidak banyak buku yang saya dapat miliki oleh kerana jika mengikut 'selera' saya ketika itu memanglah besar bajetnya. Namun, saya dan suami telah menetapkan bajet untuk pembelian pada hari itu.
Dan agak terkilan juga kerana ada beberapa booth 'Mesti-Lawat' yang tidak sempat saya kunjungi (antara salah satunya adalah PTS) dek kerana kekangan masa lebih-lebih lagi membawa anak-anak kecil saya yang mudah benar meragam. Agaknya Nawwar memang rimas berada di celah-celah orang ramai.
Kasihan si Abqary si kecil 8 bulan kami yang nampak berat sungguh pelupuk matanya menahan mengantuk. Mana tidaknya, strollernya 'dinaiki' Kakak Nawwar yang terpaksa kami letakkan di situ dek kerana dia terlalu laju dan ligat berlari ke sana ke sini. (Nawwar memang pantang nampak buku, semuanya mahu diambil. Yang kelakarnya dia akan berkata "Bayar ummi, bayar.." ) Takut pula jika terlepas pandang atau terlepas genggam, bukan mudah hendak menjejak anak sekecil 3 tahun itu di acara sebesar KLBIF2010 ini.
Sebenarnya pada awalnya saya & suami ada terfikir untuk tidak membawa anak-anak kami itu kerana memikirkan kesusahan mengawal keaktifan budak dua orang ini. Tetapi, memikirkan bahawa tidak patut kami meninggalkan anak-anak kecil ini ketika hari cuti kerana sepatutnya masa cuti adalah masa bersama keluarga. Lagipun Gedung Buku adalah tempat yang paling baik untuk kami bawa anak-anak berbanding Gedung Membeli Belah! Selalunya kami hanya berkesempatan membawa Nawwar &Abqary ke kedai-kedai buku yang tidak sebesar mana. Jadi Pesta Buku seperti KLIBF 2010 ini seharusnya menjadi tapak pendedahan terhadap Nawwar & Abqary tentang peri-pentingnya menjebakkan hati dan diri dengan buku dan pembacaan.
Saya berazam kepada diri sendiri dan saya ajak suami untuk bersetuju dengan saya dalam menyimpan wang secara bulanan bagi Bajet membeli-belah di KLBIF bagi tahun 2011 dan tahun seterusnya. Membeli buku bukan sekadar membeli dan membayar serta menyimpan resit untuk rebat Cukai. Tetapi membeli buku adalah satu PELABURAN yang tidak dapat diukur dengan mata. Ianya pelaburan jangka panjang yang memberi hasil kepada peningkatan ilmu, peluasan minda serta ketajaman akal fikiran.
Hobi membaca pula adalah satu hobi yang intelek bukan hanya 'nampak macam intelek' tetapi membaca benar-benar menjadikan kita intelek. Ketagihan membaca atau BIBLIOHOLIK adalah satu ketagihan yang sihat. Walaubagaimanapun ianya bergantung kepada apa yang dibaca.
Maka saya menyeru kepada diri saya sendiri serta semua teman pembaca dalam sama-sama menongkah arus masyarakat hari ini yang terlalu mengagung-agungkan HEDONISM(Berlebih-lebihan dalam berhibur)kepada budaya BIBLIOHOLISM.
InshaAllah, jika ada kesempatan, akan saya ulas buku-buku menarik yang telah saya baca dengan niat untuk memanjangkan ilmu.
Selamat Membaca dan Terus Membaca!
No comments:
Post a Comment